Rabu, 17 Mac 2010

Dapat Award lagi..


Assalammualaikum kawan-kawan.Harini,Achik dapat Award dari Chempaka pula.Terimakasih Chemp di atas ingatanmu.Yelah,Achik asyik skodeng jer,tapi tak dapat tinggalkan pesan.Jangan kecilhati ia.Ok Chemp,Achik dah letak kat blogni,harapan Achik,moga persahabatan kita berpanjangan hendaknya.Cantik munga rose ini,takkurang juga bunga chempaka.Achik sukaa.Jumpa lagi.

Dapat Award


Assallamualaikum dan salam ceria semua.Pertamakali Achik dapat Award ni.Terimakasih banyak-banyak pada Ezany,yang koleksinya mantop n beautiful lagi.Achik dah tempek kat blogni.Memandangkan semua kawan2 Antik dah dapat awardni,Achik simpanlah k.Semoga persahabatan kita semua berpanjangan hendaknya.Amin.Jumpa lagi.



Ahad, 14 Mac 2010

15 M AC,1991


Selamat Ulangtahun ke 19 buat Mohammad Aminur Fiqrie Bin Mohd.Fauzi.
Semoga,Along panjang umur untuk terus beribadat kepada Allah,bertambah iman,menjadi anak yang soleh dan sentiasa di dalam lindunganNya .Amin..

Abah,Emak dan adik-adik sentiasa merinduimu.Pandai-pandai bawa diri dimana juga ,Along berada.Terimakasih atas pengorbanan Along,semasa ketiadaan kami.Harapan kami Along berjaya dalam pelajaran dan bidang yang Along minati.Biarlah berpenatlelah sekarang,sesungguhnya setiap kesenangan itu diperolehi selepas setiap kepayahan yang kita lalui.

Salam Sayang dan Rindu dari kami di perantauan.